ALHAMDULILLAH
Tiada lukisan secantik ciptaan Tuhan
Tiada wajah seindah budi
Buat diabadikan di dalam hati
Kurnian Ilahi buat disyukuri
Untuk diuji siapa yang mengerti
Sebagai rahmat kurniaan dari Ilahi
Bagi menjadi insan terpuji
Wanita teman lelaki
Bagi mengubat hati sepi
Sebagai penasihat di hari nanti
Semoga mendapat berkat Ilahi
Wajah indah permata nilam
Mata bercahaya penyeri muka
Suara merdu menyentuh jiwa
Alunan lembut sayu mendayu
Sungguh dimengerti nikmat tuhan
Bersyukur kerna rahmatnya
Kurnian yang maha Esa
Yang maha mengetahui
Supaya insan lebih bahagia
Dipadankan dengan serupa
Menjadi amanah bagi manusia
Amanah yang amat berharga
Agar insan tidak lupa
Itulah nikmat kurnian dari-Nya
-Zairi Azikrie-
0 Comments
Rata-rata kita mendengar terlalu banyak persoalan dan pertelingkahan dalam pentadbiran kerajaan dalam negara Malaysia. Pelbagai isu dikemukakan walhal seharusnya kita mencari kesepakatan walaupun ada banyak yang tidak kena dan tidak bertepatan dengan pendapat kita. Sewajarnya jalan penyelesaian yang mudah harus dilaksanakan. Bagi saya, isu rakyat seharusnya diberi keutamaan daripada mempersoalkan siapa yang benar dan siapa yang salah. Hampir setiap hari saya dihujani pertelingkahan dalam arena politik sedangkan masalah yang dihadapai oleh semua rakyat masih belum diselesaikan sepenuhnya. Sememangnya kita memerlukan politik untuk menjadikan sebuah negara yang mempunyai sistem pemerintahan namun janganlah kita menjadikan politik sebagai tempat kita beradu kehebatan ataupun dengan kata lain kita hampir menjadikan politik ini seolah-olah seperti wujudnya perkabilahan. Seharusnya semua yang terlibat dalam politik harus memahami konsep asas politik itu sendiri, di mana ianya sering dikaitkan dengan sistem pemerintahan kerajaan yang mana wakil yang dilantik oleh masyarakat adalah bertanggungjawab sebagai ketua dalam membela nasib masyarakat itu sendiri. Kerajaan yang memerintah pula adalah bertanggungjawab dalam membahagikan kekayaan negara secara adil dan saksama. Andai tidak dapat disempurnakan kehendak orang ramai maka sewajarnya kita harus malu dengan ketidakmampuan kita melaksanakan tugas dan amanah yang diberi. Saya tidak mengatakan siapa yang terbaik atau siapa yang tidak, tetapi kesepaduan amatlah penting walaupun berbeza darjat, keturunan, asal dan negeri. Tujuh warna yang bersepadu mampu mengasilkan cahaya yang indah. Walaupun berbeza pendapat dan pandangan tetapi jika dipadukan pastinya dapat memberi cahaya kepada negara kita yang tercinta. |
AuthorZairi Azikrie Archives
October 2013
Categories |