DESENTRALISASI
Kecekapan setiap unit kerajaan boleh disalurkan melalui tiga cara iaitu desentralisasi, devolusi dan deconcentration. Desentralisasi juga dikenali sebagai satu pancaran kuasa iaitu pertukaran kuasa membuat keputusan dan autoriti daripada kerajaan pusat kepada organisasi di peringkat tempatan. Kerajaan pusat memberikan kuasa mentadbir kepada organisasi di peringkat tempatan iaitu kerajaan tempatan untuk mentadbir dan menguruskan kawasan di bawah jajahannya. Dengan adanya autoriti ini maka kerajaan tempatan dapat menguruskan kawasan tadbirnya dengan lebih berkesan. Konsep ini digunakan untuk memastikan keberkesanan pentadbiran yang mana bukan sahaja pada kerajaan pusat malah ke peringkat bawahan seperi daerah, wilayah dan kawasan-kawasan kampung.
Desentralisasi juga boleh dikatakan sebagai pemberian kuasa pentadbiran dan tanggungjawab dalam pengurusan dan dengan desentralisasi, kerajaan tempatan dapat melaksanakan sendiri kuasanya dan dapat menggunakan sumber kewangan sendiri bagi kegunaan pembangunan dan pengurusan kawasan di bawah jajahannya. Kerajaan tempatan ini akan menjadi wakil kepada seluruh rakyat yang berada di kawasannya dalam urusan mentadbir hal-hal masyarakat dan tempatan. Dengan adanya desentralisasi ini maka ianya memudahkan proses pentadbiran di peringkat tempatan.
Desentralisasi dapat di bahagikan kepada tiga bentuk iaitu devolusi, deconcentration dan delegasi. Devolusi juga dikenali sebagai pengagihan atau pembahagian kuasa manakala deconcentration adalah pecahan tumpuan. Menurut Ahmad Atory (1991), beliau menjelaskan bahawa devolusi merupakan suatu bentuk kuasa yang bertujuan memberi kuasa dan kebebasan yang luas menerusi penurunan autoriti dan tugas. Maka daripada itu, dapat difahami bahawa devolusi merupakan konsep penyaluran kuasa atau pemberian kuasa daripada kerajaan pusat kepada unit-unit dalam kerajaan tempatan. Deconcentration pula dijelaskan sebagai pembahagian semula tanggungjawab pentadbiran antara kerajaan pusat.
Keperluan Desentralisasi dan Perlaksanaannya Di Malaysia
Desentralisasi adalah perlu kepada kerajaan tempatan bagi memastikan keberkesanan dalam urusan pentadbiran kerajaan disamping memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat seluruhnya. Desentralisasi merupakan satu cara kerajaan pusat untuk menyerahkan kuasanya dalam urusan pentadbiran kepada peringkat bawahan. Perlaksanaan kaedah ini adalah bertujuan untuk mengurangkan bebanan kepada kerajaan peringkat pusat dalam melaksanakan perkhidmatannya dalam menyediakan keperluan rakyat diperingkat tempatan. Pengurangan bebanan ini adalah bagi memastikan kerajaan pusat tidak terlepas dalam memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan di dalam negeri terutama di peringkat daerah dan kampung terutama kerajaan pusat yang mempunyai kawasan tadbir yang luas. Ini merujuk kepada autoriti kerajaan pusat yang luas di mana adalah sukar bagi kerajaan pusat untuk melaksanakan pentadbiran yang luas tanpa ada pengagihan kuasa pentadbiran. Sebagai contoh, Malaysia adalah terbaik dalam perlaksanaan kaedah desentralisasi kerana adalah sukar bagi kerajaan pusat untuk mentadbir semua negeri dalam Malaysia yang mana mempunyai banyak daerah di peringkat tempatan. Dengan kaedah desentralisasi ini maka adalah mudah bagi kerajaan pusat dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di peringkat tempatan serta dapat mengurangkan bebanan pentadbiran kerajaan pusat.
Selain daripada itu, desentralisasi adalah adalah perlu dilaksanakan kerana ia dapat mempercepatkan proses pembuatan keputusan dan menyegerakan perlaksanaan polisi. Ini adalah kerana dengan adanya penyerahan kuasa pembuatan keputusan di peringkat tempatan maka masa yang diperlukanbagi proses tersebut dapat dikurangkan berikutan ia tidak memerlukan melalui banyak peringkat. Malaysia juga telah melaksanakan kaedah ini supaya kawasan-kawasan dan daerah-daerah dapat ditadbir dengan baik. Kerajaan tempatan di Malaysia dapat dikatakan contoh terbaik kerana ia dapat memenuhi keperluan rakyat tempatan kerana adanya kaedah desentralisasi. Oleh yang demikian maka pembuatan keputusan dapat dilaksanakan diperingkat tempatan tanpa menunggu keputusan daripada kerajaan pusat. Secara langsung dengan adanya penyerahan kuasa tadbir dan pembuatan keputusan di peringkat tempatan maka keperluan rakyat tempatan dipenuhi secara terus.
Kaedah desentralisasi adalah perlu kerana ianya memberi peluang kepada kerajaan tempatan bertindak sendiri tanpa dipengaruhi oleh peringkat pusat. Ini adalah bagi membuktikan bahawa sistem demokrasi dapat dipertingkatkan kecekapan perkhimatannya melalui desentralisasi. Ia juga bagi mewujudkan kerajaan yang boleh bertindak sendiri dalam mempertingkatkan keberkesanan program pembangunan di peringkat tempatan. Selain itu, dengan kaedah ini ianya memberikan tanggungjawab kepada kerajaan tempatan dalam melaksanakan perkhidmatannya. Di Malaysia, kebanyakan kerajaan tempatan adalah bertangungjawab untuk mengendalikan sendiri perkhidmatannya kepada rakyat. Sebagai contoh, Majlis Perbandaran Kota Bharu dapat bertindak sendiri seperti melaksanakan proses perlupusan sampah, kerja-kerja pembangunan kawasan dan sebagainya. Di Negeri Sembilan, Majlis Perbandaran Port Dickson diberi perlepasan untuk menguruskan sendiri kawasan tadbirnya seperti meningkatkan kebersihan pantai, urusan pembangunan lot-lot kedai, penyediaan tapak letak kereta dan sebagainya. Dengan adanya kaedah desentralisasi ini maka Malaysia akan dilihat lebih berkeupayaan dalam urus tadbir daerah dan kawasan tempatan.
Dalam urusan pentadbiran kerajaan, adalah perlu untuk melaksanakan kaedah desentralisasi supaya ianya dapat mewujudkan kuasa politik yang majmuk. Ini adalah perlu supaya kuasa politik tidak dipunyai sepenuhnya oleh kerajaan pusat yang mana boleh menjadikan ianya terlalu berkuasa dalam urus tadbir. Supaya ianya lebih demokrasi maka kaedah pemilihan seperti pilihanraya juga perlu dilaksanakan di peringkat kerajaan tempatan. Namun begitu, Malaysia masih belum melaksanakan sepenuhnya konsep ini berikutan adanya dasar-dasar tertentu yang menyekat proses pilihanraya di peringkat tempatan.
Konsep desentralisasi juga boleh memupuk proses pembelajaran tentang politik diperingkat tempatan. Sebagaimana dijelaskan dalam perenggan sebelumnya, kaedah desentralisasi juga perlu dilaksanakan kerana atas sebab-sebab politik yang mana untuk mengelakkan kerajaan tempatan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan pusat. Sekiranya dikawal sepenuhnya oleh kerajaan pusat maka banyak permasalahan akan timbul seperti wujudnya kronism dan boleh menyukarkan perlaksanaan perkhidmatan kerana setiap tindak tanduk dikawal sepenuhnya oleh pusat. Atas sebab-sebab politik maka kaedah desentralisasi amat sesuai dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuan rakyat tentang kaedah-kaedah politik seperti pemilihan Yang diPertua dan ahli-ahli tertinggi dalam kerajaan tempatan tersebut. Dengan ini maka pengetahuan tentang sistem demokrasi dan politik rakyat dapat dipertingkatkan.
Desentralisasi juga perlu bagi memudahkan kerajaan tempatan mencari hasil pendapatannya yang mana seterusnya membelanjakannya untuk kesejahteraan rakyat tempatan. Ini sesungguhnya perlu supaya beban kewangan tidak ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan pusat. Selain itu, segala projek pembangunan tempatan tidak akan tergendala akibat permasalahan kewangan yang adakalanya lambat disalurkan ke peringkat tempatan. Dengan memiliki autonomi kewangan sendiri maka kerajaan tempatan adalah bebas dan terasing dalam melaksanakan projek dan perkhidmatanya. Pemilikan ini membolehkan kerajaan tempatan melaksanakan sendiri pentadbirannya tanpa dikawal sepenuhnya oleh kerajaan pusat. Dalam hal ini, ianya dilihat tidak sepenuhnya terlaksana di Malaysia kerana kerajaan tempatan masih terkawal oleh kerajaan pusat dalam urus tadbir kewangan.
Bagi mengelakkan daripada terjerumus sepenuhnya dalam kegagalan kerajaan pusat serta terperangkap dengan ketidakcekapan pusat maka kaedah desentralisasi adalah perlu dilaksanakan. Adakalanya wujud ketidakseimbangan dalam proses pembangunan di peringkat tempatan sekiranya wujud ketidakberkesanan pentadbiran diperingkat pusat jika desentralisasi tidak dilaksanakan. Hal-hal kurang keupayaan kerajaan pusat boleh di elakkan oleh kerajaan tempatan jika perlepasan kuasa diberi kepada tempatan. Malaysia dilihat masih belum berupaya menjalankan sepenuhnya kaedah desentralisasi ini kerana masih banyak kawasan-kawasan tempatan yang secara tidak langsung masih dikawal di peringkat pusat.
Dalam membuat pelarasan semula kerajaan, kaedah desentralisasi adalah perlu dilaksanakan supaya perlaksanaan keperluan rakyat dapat dipertingkatkan. Dengan adanya kaedah ini, kerajaan tempatan yang mewakili rakyat dapat memberi perkhidmatan sepenuhnya kerana kerajaan tempatan dapat menilai keperluan dengan lebih terperinci serta dengan pelarasan semula, kesan pembiayaan dapat dikurangkan. Sekiranya ini tidak dilaksanakan maka kos pembangunan dan urus tadbir akan dibebani sepenuhnya oleh kerajaan pusat. Oleh yang demikian maka desentralisasi berupaya membantu kerajaan pusat dalam urusan pembiayaan.
Sebab yang terakhir mengapa perlunya desentralisasi adalah untuk menggalakkan penyertaan rakyat dalam proses perancangan dan pembangunan tempatan. Rakyat tempatan secara langsung dilihat dapat turut serta dalam memberi pandangan kepada program pembangunan. Keadaan ini berlaku dibeberapa kawasan Amerika Latin sebagaimana dijelaskan oleh Bird and Vaillancourt 1998. Dengan cara ini, program pembangunan dapat dilaksanakan secara terperinci mengikut keperluan rakyat setempat.
Malaysia Sebagai Contoh Desentralisasi.
Malaysia dalam pendapat saya masih belum menjadi contoh terbaik dalam perlaksanaan kaedah desentralisasi kerana kerajaan tempatannya masih dipengaruhi oleh kerajaan pusat. Walaupun begitu, ada beberapa perkara yang menunjukkan Malaysia sedang mengarah kepada desentralisasi sepenuhnya. Sebagai contoh, pilihanraya diperingkat tempatan masih belum dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia dan kerajaan tempatan masih belum berupaya mencari kos pembiayaan sepenuhnya secara sendiri tanpa dibantu oleh kerajaan pusat. Jika dilihat daripada sudut keberkesanan kerajaan tempatan dalam memenuhi keperluan rakyat, ianya masih dikategorikan dalam peringkat pertengahan kerana masih kurang penyertaan rakyat terhadap program pembangunan. Walaupun begitu, pencarian untuk mendapatkan hasil kewangan di peringkat tempatan dilihat telah terlaksana kerana kerajaan tempatan adalah sepenuhnya mengendalikan pengurusan ini seperti pemungutan cukai dan bayaran-bayaran letak kereta. Kerajaa tempatan diberi mandate untuk melaksanakan senidiri.
Rumusan.
Sebagaimana yang difahami, desentralisasi amat penting dilaksanakan di Negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Ianya memudahkan urusan pentadbiran dan seterunya memenuhi keperluan rakyat sehingga diperingkat daerah dan kampung-kampung. Bebanan pentadbiran pembangunan dan pengurusan kewangan di peringkat pusat juga dapat dikurangkan. Ini akan memudahkan kerajaan tempatan seterusnya meningkatkan kecekapannya dalam melaksanakan program-program yang dirancang. Justeru itu, pengetahuan rakyat tentang sistem politik juga dapat dipertingkatkan dan penyertaan rakyat tempatan dapat digalakkan dalam memberi kerjasama untuk perlaksanaan program pembangunan. Malaysia dilihat masih diperingkat pertengahan dalam perlaksanaan desentralisasi kerana ianya tidak melaksanakan sepenuhnya fungsi-fungsi desentralisasi.
BY: AZIKRIE
KEMERDEKAAN
Negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 adalah hasil daripada semangat kebangsaan yang telah mula berkembang ke dalam jiwa setiap masyarakat pada waktu itu. Penjajahan Jepun pada tahun 1941 di Tanah Melayu sedikit sebanyak telah menggalakkan kemunculan dan kemajuan semangat kebangsaan di Tanah Melayu. Kesedaran anti penjajahan yang telah tersebar selepas perang dunia kedua telah membuka mata dan minda orang melayu tentang betapa pentingnya melepaskan kehidupan daripada penjajahan. Kesedaran ini juga telah mendorong orang melayu untuk menceburkan diri dalam bidang politik sama ada dari segi radikal ataupun tidak. Pengalaman dalam menjawat jawatan dalam zaman pendudukan jepun dan rasa tekanan pada zaman itu membuatkan orang melayu merasakan betapa pentingnya untuk memerintah negara sendiri.
Kekalahan Jepun telah menyemarakkan niat British untuk melaksanakan Malayan Union. Perlaksanaan Malayan inilah menjadi suatu perkara asas kepada permulaan perpaduan orang Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan. Perjuangan ini bertambah pesat ketika terlaksananya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Peristiwa darurat juga telah menyebabkan proses mencapai kemerdekaan menjadi pantas.
Pada April 1946, Malayan Union cuba dilaksanakan di Tanah Melayu maka pada ketika itulah semangat nasionalisme penduduk tempatan menjadi berkobar-kobar terutama di kalangan orang-orang Melayu. Mereka merasakan adat tradisi mereka tercabar akibat daripada penubuhan Malayan Union ini kerana Malayan Union telah secara drastiknya membuat terma-terma yang tidak dapat diterima oleh masyarakat Melayu ketika itu. Terma terma inilah yang telah menjadi suatu faktor kepada tercetusnya semangat nasionalisme yang mana akhirnya membawa kepada desakan kemerdekaan di Tanah Melayu.
Antara faktor utama pencetus semangat orang melayu adalah disebabkan dengan terma Malayan Union yang mahu menukar taraf negeri-negeri Melayu yang berada di bawah naungan British kepada negeri jajahan langsung British. Ini secara ringkasnya dapat diertikan bahawa orang Melayu tiada hak kebebasan untuk mentadbir negeri mereka sendiri. Keadaan ini boleh didefinisikan sebagai Tanah Melayu akan diperintah terus oleh seorang Gabenor yang dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan. Sultan hanya menjadi raja kehormat yang mana hanya berkuasa atas hal ehwal agama sahaja. Dengan secara tak langsung hak-hak istimewa raja melayu akan hilang kedaulatannya dan kuasa. Oleh kerana kegusaran terhadap perkara ini maka orang Melayu telah mengambil langkah untuk menentang penubuhan Malayan Union ini.
Selain daripada faktor yang telah dinyatakan, konsep penghapusan hak istimewa orang Melayu juga menjadi penyebab kepada tercetusnya semangat kenegaraan ini. Malayan Union telah membawa konsep penghapusan hak istimewa orang Melayu sebagai bumiputra dengan memperkenalkan konsep kerakyatan ‘Jus Soli’. Ianya adalah satu sistem di mana kewarganegaraan diberikan kepada semua orang asing yang dilahirkan di Tanah Melayu serta merta dan mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang telah bermastautin selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. Konsep ini tidak adil kepada orang Melayu yang merasakan hak mereka sebagai tuan punya negara Tanah Melayu. Konsep ini membuatkan beberapa golongan cendekiawan merasa tertipu di tanah sendiri. Konsep ini juga menyatakan bahawa rakyat asing dapat memasuki perkhidmatan awam dalam kerajaan dan boleh memerintah. Para cendekiawan Melayu telah berusaha untuk mematahkan prinsip ‘Jus Soli’ ini kerana ia merugikan anak bangsa melayu itu sendiri. Akhirnya semangat patriotik telah membara ke dalam jiwa seluruh bangsa Melayu yang mana akhirnya mereka menuntut kemerdekaan di mana warga Melayu dapat memerintah negara mereka sendiri.
Penghapusan kuasa raja-raja juga menjadi pencetus semangat yang membara di kalangan orang Melayu. Ini kerana orang Melayu sejak dahulu lagi sangat setia kepada raja mereka. Orang Melayu juga merasakan sikap British yang tidak hormat kepada sultan di mana Mac Micheal telah memaksa sultan supaya menandatangani perjanjian perlaksanaan Malayan Union. Orang melayu yang ketika itu beranggapan bahawa Malayan Union ini akan menghakis kuasa politik orang Melayu. Orang Melayu juga bimbang bahawa mereka akan menerima nasib seperi kaum Red Indian di Amerika yang merempat di tanah air sendiri. Oleh itu Dato’ Onn bin Jaafar telah melancarkan satu usaha dengan menyatukan semua orang melayu dibawah satu kesatuan yang dinamakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau lebih dikenali sebagai UMNO. Dengan kesatuan inilah maka seluruh orang Melayu dapat disatukan dan semangat kebangsaan dapat ditiup ke dalam jiwa orang melayu.
Bantahan demi bantahan telah menyebabkan Malayan Union semakin goyah. Ini ditambah pula dengan peranan akhbar Melayu ketika itu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta yang telah menyebarkan keburukan Malayan Union. Peranan media massa ini sedikit sebanyak telah memberi pengetahuan kepada orang Melayu bahawa betapa pentingnya mereka bersatu menentang Malayan Union yang seterusnya menuntut kemerdekaan. Keadaan ini menjadi lebih hangat apabila beberapa pegawai British bersara seperti Si Frank Swettanham dan George Maxwell yang menyatakan kekesalan mereka melalui penulisan terhadap ketidakadilan British dengan pembaharuan perlembagaan yang dibuat. Keadaan inilah yang telah membawa kepada perubahan sikap orang Melayu daripada ketidakperihatinan kepada lebih perihatin terhadap hak-hak mereka.
Ternyata dengan kesatuan yang kuat dan semangat nasionalisme yang tinggi dikalangan orang melayu sahaja dapat membantah penubuhan Malayan Union ini. Dengan penubuhan parti UMNO yang menjadi medan penyatuan umat Melayu maka semangat patriotik dapat di bangkitkan yang mana akhirnya dapat membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu daripada jajahan British. Penubuhan Partai Kebangsaan Melayu juga adalah menjadi penyebab yang mempengaruhi semangat nasionalisme di kalangan Orang Melayu. Ini kerana parti ini menyerapkan semangat kebangsaan orang Melayu seluruhnya. Ini adalah kerana ianya dianggap satu parti radikal yang sentiasa membakar semangat kebangsaan dengan keberanian mengkritik sistem kolonial British.
Secara kesimpulannya, dapat kita fahami di sini bahawa kemerdekaan di Tanah Melayu sebenarnya adalah berasaskan kepada semangat Patriotisme yang tercipta dalam jiwa masyarakat. Dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan maka kemerdekaan dapat dicapai tanpa peperangan. Rasa tidak puas hati yang disalurkan dengan cara yang betul sebenarnya telah mendidik masyarakat seluruhnya untuk bersatu padu dalam mencapai kemerdekaan seluruh rakyat Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
DIOLAH DAN DISUSUN OLEH: AZIKRIE.

TERM OF POWER
Power is a case which special influence that can give effect and impact to others whose compliant or non-compliance. Power incriminates coercion elements and blockade, also sacrifice or right deprivation. The concept of power can be defined as individual’s group’s ability to change thoughts or action of other individual according to his needs.[1]
By Max Weber, (Kapur, 1984) defined power as a tool for individual of a group of people to achieve their objective through action even though their action are cruel.
There is several ways to defined power. Power can be defined as an absolute right of individuals and this right is connected with a governing. It is also can be defined as tool to control other individuals. An ability to achieve individuals needs and a tool to force individual to act according to also can be define as power.
The English political philosophy Hobbes said in his book Leviathan, written in 1651, that the power of a man ‘is his present means to obtain some future apparent good’[2]. Man use their natural abilities to improve their positions but they also employ their assets, resource and even other people to acquire and keep power. Power, sometimes are used crudely by a dictator, like Hitler, for instance, who give orders prompt by mere fancy or whim without considering whether his actions will benefit or harm the people he rules.
Power is ability, which is gained by a governing group in a society. With power, individuals can control others, make their decision, and force others to follow their rules. As Plato (kapur, 1984) said that power is one’s ability to convince other people until he can influence them to do whatever he needs.
Political power can be classified as a psychological relation between parties, governing and governed parties. A party is a group, association, or organization. To control these relations between parties, the functions of power must be used. According to Ramanathan (1987), power means influence, absolute right, which is related to the governing power. The ability to solve the problem and to implement policy shows the influence of people loyalty.
Political power is a group of elite to maintain their influence and use power to govern a group of other people. So we can know power as influence, control and unity, which have close relation between each other’s. Power can influence people’s action and thought. When some organization or parties have power, they can use it to control human action as they need.
1.1 IMPORTANCE OF POWER
In politic, power is very important because power is the element to govern state; to control people action and manage a country with instructs community or citizen to follow their rules or objectives. There are six factors why power is important. The first is power mean for individual to gain their objectives. The second is power mean for a leader to gain respect and support from people in order to implement the policy. Power is important to ensure a government administration can run in systematically. Forth, power can ensure the peace and stability in a nation. To have confident and believe from other people to a leader is the objective why power is important. And the last, why power is important is power can be as a symbol of strength and influence. So individuals who have power can do anything what he needs and wants to.
1.2 TYPES OF POWER
There are five types of power. The first is National Power. National power is a legitimate power, which is defined by the sovereignty of the state and it is legally maintain. This power can be transferred from one person to another through law and election. The second is Personal Based Power. This is accursed to an individual because of his or she possesses attributes that are have valued to others. His or her leadership style and charismatic make people respect and like to obey him. Third is Reward Power. This power defined as when one people have control over resources desired by another. The more highly valued the rewards, the greater the power. Coercive Power is based upon the use or potential use of power. Coercive Power exists for the same reason that Rewards Power does. The last is Charismatic Power. This power can get when an individuals are susceptible to influence because they identify with another person. It is based on the ‘Feeling of Oneness” that a individuals has with another, or the desire for that feeling. Charismatic Power also based on the attraction exerted by an individual on another person or group. People who have charismatic power are called charismatic leaders.
1.3 METHOD TO GAIN POWER
There are two methods to gain power. The firs is, power can be gained without force and the second is power can be gained through force. Power can be gained without force is how the individuals use certain strategies and use their own method or abilities without used an army or force. They just used their psychologies method and make their idea relevant to others people. For example, Mahatma Gandhi gains his power from mandate from his people with use his abilities. Sukarno also used this method. Good speech also included to this method to gained power.
The way how power can gained through force is means the power is gained with war and use the army to force. The nation used their military power and war machine. Therefore, small nation will be controlled in a force that their nation will be intervened. For example, Saddam Hussien used his military to gained power.
As a conclusion, with power, individual, parties, or organization can make their objective follow by others and with power they can control people action and lead people. All laws and regulations will be followed without complaint. Those are not follow the laws will be sanctioned.
Eloborate by: -AZIKRIE-

RUKUN NEGARA
Di sini saya ingin menulis secara ringkas perkara berkaitan Rukun Negara di Malaysia. Ianya adalah sebagai tambahan pengetahuan. Semoga kita menjadi rakyat yang berilmu….
Rukun Negara adalah satu ideologi kebangsaan bagi negara Malaysia. Rukun Negara telah dilahirkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969. Pada tarikh tersebut telah berlaku satu kejadian rusuhan kaum yang mana telah banyak berlaku pertumpahan darah. Salah satu sebab yang menjadi punca kepada rusuhan ini adalah kerana sikap mementingkan diri dan kaum yang mana telah melahirkan semangat perkauman yang menebal di kalangan setiap kaum. Justeru itu jurang ekonomi antara kaum jelas berbeza. Oleh kerana tiada persefahaman dan rasa tidak puas hati antara kaum terutama dalam isu berkaitan perkara 153 maka tercetuslah rusuhan kaum yang menyebabkan banyak nyawa, harta benda dan perpaduan rakyat terjejas. Keadaan ini telah memaksa kerajaan menisytiharkan darurat.
Oleh yang demikian maka kerajaan MAGERAN iaitu Majlis Gerakan Negara telah ditubuhkan bagi mengatasi masalah ini. Kerajaan MAGERAN ini pula kemudiannya telah membentuk Majlis Perundingan Negara pada Julai 1970. Ianya bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap rusuhan tersebut dan untuk membina semula perpaduan kaum dan masyarakat yang berbilang bangsa dan kaum. Hasil daripada penubuhan ini maka terciptalah Rukun Negara yang mana menjadi ideologi kebangsaan.
Rukun Negara diwujudkan adalah untuk memupuk semula perpaduan kaum yang mana telah musnah akibat perselisihan faham dan rasa tidak puas hati antara kaum. Selain daripada itu, Rukun Negara diwujudkan adalah untuk memulihkan kembali sistem pemerintahan demokrasi raja berpelembagaan dan untuk mewujudkan asas yang sesuai dan kukuh dalam memantapkan kerjasama antara kaum. Konsep Rukun Negara inilah yang telah membawa kepada perpaduan semula antara kaum. Rukun Negara ini diwujudkan adalah demi mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat; memelihara satu cara hidup demokratik; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak dan membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Konsep Rukun Negara ini terbahagi kepada lima bahagian prinsip iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Ini adalah bertujuan supaya setiap rakyat dan kaum di Malaysia memegang kepercayaan masing-masing dan saling menghormati kepercayaan setiap kaum dan bangsa. Dengan memiliki kepercayaan kepada tuhan, maka setiap kaum akan memelihara adab dan sikap mereka yang mana setiap agama menggalakkan penganut mereka berbuat kebaikan.
Konsep Rukun Negara seterusnya adalah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Prinsip adalah bagi memupuk setiap kaum memberikan ketaatan kepada raja yang memerintah serta kepada negara. Konsep ini lebih menitik beratkan semangat patriotik dalam jiwa setiap rakyat. Setiap bangsa dan kaum akan saling mempertahankan negara demi ketaatan mereka kepada negara justeru akur akan raja yang memerintah. Rukun Negara ketiga adalah Keluhuran Perlembagaan. Ini memberi erti keagungan dan kemulian perlembagaan yang tidak boleh dicabar dan dipertikaikan. Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi negara Malaysia. Ia adalah asas kepada sebuah negara yang berdaulat. Perlembagaan juga mengandungi perkara yang tidak boleh dipertikaikan seperti agama Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputra, kedudukan raja-raja melayu sebagai lambing tradisi kerajaan. Keluhuran Perlembagaan ini dapat mengatasi kuasa Yang diPertuan Agong, Parlimen dan Jemaah menteri serta mahkamah dan oleh kerana itulah ia menjadi suatu pelindung bagi penduduk negara ini. Maka seluruh perlembagaan di Malaysia harus ditaati dan tidak setiap kaum diwajibkan mematuhi dengan ikhlas. Oleh itu maka setiap kaum secara tak langsung menjadi bersatu padu dalam memelihara perlembagaan Malaysia.
Kedaulatan Undang-Undang adalah prinsip Rukun Negara yang keempat. Ini memberi pengertian bahawa setiap undang-undang di Malaysia mempunyai kedaulatannya. Undang-undang yang mempunyai kuasa tertinggi dan mutlak di mana ianya tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa sahaja. Setiap kaum harus terima dengan rela hati setiap perundangan yang dilaksanakan di Malaysia. Dengan kedaulatan inilah maka setiap kaum menjadi taat kepada negara dan takut untuk melanggar sistem perundangan di Malaysia. Seterusnya konsep yang terakhir dalam Rukun Negara adalah Kesopanan dan Kesusilaan. Konsep ini membawa maksud bahawa setiap kaum dan rakyat dalam Malaysia haruslah menitikkan nilai-nilai murni. Ia adalah wajib diamalkan oleh setiap rakyat kerana dengan kesopanan dan kesusilaan ini maka akan membawa kepada perpaduan kaum yang saling hormat menghormati. Setiap kaum akan saling menyanyangi dan mengambil berat akan hal ehwal jirannya.
DIOLAH DAN DISUSUN OLEH: AZIKRIE

PENGAMBILAN PEKERJA
Pengambilan pekerja merupakan salah satu bahagian dalam proses mendapatkan sumber manusia sebagai asset sesebuah organisasi. Ianya adalah satu daripada kaedah yang perlu ada dalam Pengurusan Sumber Manusia. Oleh itu, Flippo telah mendefinisikannya sebagai ‘Pengambilan kakitangan merupakan proses mencari bakal calon-calon pekerja yang ditawarkan oleh organisasi’. Manakala Hellriegel & Slocum pula mendefinisikan pengambilan kakitangan sebagai pencarian pekerja-pekerja sama ada dari dalam atau luar organisasi untuk memenuhi kekosongan jawatan. Objektif utamanya ialah untuk mendapatkan pekerja-pekerja yang berkelayakan tinggi dengan kos yang paling rendah.
Daripada pengertian yang telah dinyatakan di atas maka dapat kita rumuskan bahawa pengambilan pekerja adalah suatu proses pencarian calon yang benar-benar berpotensi dengan jawatan yang ditawarkan. Dalam erti kata lain, ianya adalah suatu kaedah yang digunakan dalam mendapatkan calon-calon yang mempunyai kelayakan yang benar-benar sesuai dengan jawatan yang sedia ada atau yang ditawarkan.
Kaedah Pengambilan Pekerja
Dalam usaha mencapai tujuan tersebut maka beberapa kategori harus diambil perhatian. Antara kategori yang perlu diberi perhatian adalah daripada sumber mana dan kaedah apakah yang perlu dilakukan dalam pengambilan pekerja. Dalam hal ini, kaedah pengambilan harus dititikberatkan kerana daripada kaedah inilah maka kita akan mendapat tenaga sumber manusia sebagai tenaga kerja. Terdapat dua kategori atau kaedah pengambilan iaitu daripada cara pengambilan dalaman dan cara pengambilan luaran. Kedua-dua aspek ini menjadi suatu kaedah yang wajib diketahui oleh pihak Pengurusan Sumber Manusia kerana daripada kaedah inilah maka sumber tenaga kerja akan dapat diperolehi.
Kaedah Pengambilan Dalaman.
Kebanyakan organisasi besar terutamanya, lebih gemar menggunakan kaedah ini iaitu pengambilan kakitangan daripada kalangan para pekerja dalamannya. Ini dapat difahami bahawa kaedah pengambilan dalaman biasanya terdiri daripada pekerja sedia ada. Antara cara yang digunakan adalah:
a. Promosi dan Tawaran
Cara ini biasanya digunakan untuk menarik minat para pekerja untuk memohon jawatan yang lebih baik dalam organisasi mereka. Pihak Sumber Manusia akan menawarkan jawatan kepada sesiapa yang berminat dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan. Proses ini adalah digunakan untuk mencari pemohon dalaman yang berkelayakan dan menawarkan mereka dengan jawatan tersebut. Dengan cara ini maka pihak pengurusan dapat memenuhkan kekosongan jawatan tersebut dengan segera. Sebagai contoh, para pekerja akan diberi peluang untuk ditemuduga untuk jawatan yang mereka minat yang mana ianya adalah diperlukan oleh organisasi. Maka, mana-mana pekerja sedia ada yang berminat boleh memohon untuk pengisiannya.
b. Rujukan Atau Cadangan Pekerja
Satu daripada cara yang terbaik untuk mendapatkan pekerja adalah dengan cara rujukan para pekerja. Ini kerana kebiasaannya, setiap orang yang di cadangkan adalah orang yang sesuai dan dipercayai kebolehannya serta kelayakannya. Pencadang biasanya lebih memahami orang yang dicadangkannya dan dapat memberikan butir-butir yang diperlukan oleh syarikat sebagai rujukan. Sebagai contoh, jika pencadang adalah orang yang terbaik dalam organisasi maka cadangannya akan dianggap sebagai satu yang boleh dipercayai. Ini kerana adalah begitu sukar untuk mendapatkan para pekerja yang berkebolehan kecuali melalui rujukan daripada pekerja sedia ada yang mana mereka lebih memahami kebolehan dan kelayakan orang yang dicadangkannya.
c. Pertukaran
Pertukaran adalah salah satu cara untuk mengisi jawatan yang amat diperlukan. Namun begitu ia akan sedikit memberi kesan kepada organisasi kerana akan wujud jawatan lain yang mengalami kekosongan. Walau bagaimanapun cara ini adalah suatu kaedah dalaman untuk mencari calon yang sesuai bagi mengisi kekosongan jawatan yang mana berbentuk professional dan amat mendesak. Sebagai contoh, Ianya adalah seperti seorang guru terpaksa ditukarkan ke sekolah yang mana lebih memerlukan pengisian jawatan tersebut dan di tempat jawatan asal guru tersebut dapat dimansuhkan.
d. Penempatan Jawatan.
Ini adalah suatu cara yang amat baik digunakan sebagai usaha untuk mengisi jawatan yang kosong dalam sesebuah organisasi. Biasanya, pemberitahuan akan adanya jawatan kosong ini adalah dengan penyampaian makluman daripada pihak pengurusan kepada penyelia untuk disampaikan kepada para pekerja. Sebagai contoh, jika wujudnya kekosongan jawatan di sesebuah jabatan yang berlainan posisi, daerah atau kawasan, maka ianya akan dimaklumkan kepada kakitangan di bahagian lain agar kekosongan itu dapat diisi oleh mana-mana calon pekerja yang berkemahuan dan berkelayakan.
1.1 Kelemahan dan Kelebihan Pengambilan Dalaman.
Antara kelemahan yang wujud daripada kaedah ini adalah ianya akan mengurangkan moral dan motivasi para pekerja yang tidak berjaya. Kekecewaan ini biasanya akan merosakkan reputasi pekerja yang kurang motivasi diri. Selain daripada itu, kelemahan pengambilan dalaman akan mewujudkan jurang perbezaan yang ketara dalam perjawatan antara jabatan yang mana sesetengah jabatan akan mempunyai ramai pekerja manaka yang lainnya adalah sebaliknya ataupun sesetengah jabatan akan mempunyai pekerja terbaik dan jabatan lain akan mempunyai pekerja yang kurang potensinya. Selain daripada itu, kelemahan yang wujud adalah jabatan akan menghadapi pekerja yang kurang idea dan mempunyai gaya pemikiran lama kerana para pekerja sedia ada sudah terbiasa dengan cara atau budaya kerja yang lama. Masalah wujudnya ketiadaan calon yang sesuai juga menjadi satu kelemahan kepada kaedah ini. Ini kerana calon yang berkelayakan untuk jawatan yang ditawarkan barangkali tidak sesuai dengan kerja tersebut. Kelemahan lain adalah wujudnya segelintir penyelia yang sukar melepaskan pekerja bawahan mereka kerana penyelia sudah selesa dengan para pekerja bawahannya yang mana dianggap terbaik. Kelemaha-kelemahan inilah yang mana mungkin menjadi satu penghalang kepada kaedah pengambilan dalaman.
Secara tidak langsung, kaedah pengambilan dalaman ini juga mempunyai kelebihan. Antara kelebihannya, pihak pengurusan tidak perlu mengeluarkan kos untuk menghantar pekerja tersebut kepada proses induksi kerana pekerja sedia ada telah pun melaluinya. Kos-kos lain juga dapat dijimatkan dengan cara ini. Selain itu, pihak pengurusan tidak memerlukan rujukan lain akan butir-butir diri pekerja tersebut kerana rekodnya telah sedia ada dalam simpanan. Ini memudahkan pihak pengurusan dalam urusan dan tujuan rekod. Kaedah pengambilan dalaman ini juga biasanya lebih pantas dan kurang mahal maka pengisiaan untuk jawatan kosong dapat dilaksanakan dengan segera. Kelebihan lain pula, secara tidak langsung, organisasi akan lebih dipercayai akan jaminan dalam peningkatan taraf jawatan. Ini membuatkan para pekerja sedia ada bermotivasi tinggi untuk mencapai taraf jawatan yang mereka ingini. Dengan kelebihan kaedah pengambilan dalam ini maka beberapa organisasi akan cuba mengadaptasikannya dalam sistem pengambilan pekerja mereka.
Kaedah Pengambilan Luaran.
Kaedah pengambilan luaran amat popular di kalangan syarikat-syarikat yang mahukan variasi, idea baru dan perubahan dalam organisasi mereka. Ia juga digunakan apabila kaedah pengambilan dalaman tidak mendapat sambutan ataupun kekosongan jawatan adalah banyak dan memerlukan pengkhususan seperti jawatan pengawal keselamatan, bidang kejurulatihan ataupun jawatan professional yang memerlukan kelulusan dalam bidang-bidang tertentu. Antara kaedah yang digunakan adalah
a. Pengiklanan
Pengiklanan adalah satu cara yang paling sesuai dalam kaedah pengambilan luaran. Cara ini adalah dengan mengiklankan jawatan kosong di dalam akhbar-akhbar, media massa dan Internet. Kebiasaanya butiran atau maklumat berkaitan jawatan tersebut akan dipaparkan sekali. Ada juga syarikat yang menggunakan kain banting dan pelekat sebagai tujuan pengiklanan. Dengan cara ini secara tidak langsung ianya akan menarik minat dan mempengaruhi calon-calon untuk memohon jawatan tersebut. Cara ini memberikan pilihan luas kepada pengurusan bagi mendapatkan banyak variasi baru. Pengurusan juga dapat mengambil calon yang benar-benar sesuai dengan kelayakan mereka.
b. Syarikat atau Agensi Pekerjaan
Agensi pekerjaan adalah mencakupi agensi kerajaan, agensi swasta dan firma pengurusan pekerjaan. Fungsi ketiga-tiga agensi atau firma ini adalah untuk membantu membekalkan tenaga buruh untuk syarikat atau organisasi yang memerlukan sumber manusia. Ianya membekalkan sumber manusia kepada organisasi kerajaan dan juga swasta. Sebagai contoh, Jabatan Tenaga Rakyat ada menyediakan perkhidmatan ini. Kaedah ini sering digunakan bagi mendapatkan tenaga kerja yang berkelayakan. Kebiasaannya, agensi ini akan melakukan temuduga dan data para pemohon atau tenaga kerja akan disimpan dalam fail yang mana akan dirujuk kembali apabila mana-mana syarikat memerlukan tenaga kerja manusia. Kaedah ini juga sering digunakan oleh syarikat-syarikat yang memerlukan sumber manusia. Kaedah ini adalah tergolong dalam kaedah pengambilan luaran dan ianya amat mudah kepada syarikat atau organisasi apabila diperlukan.
c. Latihan Pusat Pengajian.
Kebanyakan pusat pengajian ada menjalankan operasi penyediaan pelajar yang berkelayakan kepada syarikat yang memerlukan. Kaedah ini juga digunakan bagi mendapatkan tenaga kerja yang bersesuaian dengan kelayakan pembelajaran mereka. Biasanya syarikat yang memerlukan sumber manusia akan merujuk kepada intitusi akademik bagi mendapatkan tenaga kerja yang sesuai dengan jawatan yang perlu diisi kekosongannya. Sebagai contoh, syarikat kontraktor akan membuat rujukan tenaga kerja di pusat-pusat latihan kejuruteraan bagi mendapatkan calon pekerja yang mempunyai kelayakan dalam bidang jurutera. Maka kaedah ini amat sesuai untuk mendapatkan tenaga kerja yang mana kekosongan jawatan itu memerlukan pengkhususan tugas.
d. Rujukan Pekerja.
Kaedah ini juga tergolong dalam kaedah pengambilan luaran dimana pemohon telah dahulunya datang untuk memohon jawatan. Rujukan mereka akan disimpan untuk digunakan sekiranya ada jawatan yang sesuai bagi mereka. Kaedah ini biasanya digunakan dalam menggantikan beberapa calon yang telah diterima bekerja namun tidak dapat menghadirkan diri untuk lantiikan bertugas. Maka kekosongan jawatan dapat diatasi segera dengan kaedah ini.
e. Organisasi atau Badan Professional.
Penglibatan organisasi professional sedikit sebanyak telah membantu syarikat yang memerlukan kakitangan mendapatkan sumber manusia. Kebiasaannya, organisasi professional ini akan memberi perkhidmatan penyediaan kakitangan kepada syarikat yang memerlukan. Organisasi ini akan menerima bayaran daripada syarikat yang memerlukan tenaga buruh dan seterusnya gaji pekerja akan dibayar oleh organisasi professional ini. Badan professional ini bertanggung jawab memantau reputasi pekerja yang dibekalkan dan juga memberi latihan kepada pekerja agar dapat melaksanakan tugas sebagaimana yang diperlukan oleh syarikat yang membayar perkhidmatan. Kebanyakan kilang-kilang ada mengamalkan kaedah pengambilan luaran ini.
f. Pemohon yang Tidak Diundang / Tidak dimohon.
Pemohon-pemohon ini juga dikategorikan dalam kaedah pengambilan luaran. Ini termasuklah pemohon yang datang mencari kerja, pemohon yang menghantar surat, email dan telefon. Walaubagaimanapun, bilangan pemohon adalah bergantung kepada nama dan reputasi syarikat yang memerlukan tenaga kerja kerana daripada ini maka pemohon yang tidak diundang akan tertarik untuk memohon jawatan di syarikat tersebut.
2.1 Kelemahan dan Kelebihan Pengambilan Luaran.
Sebagaimana pengambilan dalaman, kaedah pengambilan luaran juga mempunyai kelemahan dan kelebihan. Antara kelebihan yang terdapat pada kaedah pengambilan luaran ini adalah kumpulan pemonon adalah besar. Ini memudahkan syarikat untuk memilih dan mendapatkan tenaga manusia. Maka syarikat akan mempunyai kebarangkalian yang lebih baik di samping dapat meluaskan pemilihan calon. Selain itu, syarikat juga dapat memperolehi idea-idea baru yang mana dapat menyumbangkan kepada pembangunan inteletual dan kemahiran dalam syarikat tersebut. Pengurangan kepada rebutan jawatan di antara kakitangan dalam juga dapat diatasi. Ini memberi sedikit keharmonian dalam starikat tersebut. Kelebihan lain adalah ianya dapat mengelakkan pengambilan sesame sendiri iaitu seseorang yang mempunyai kuasa tidak berpeluang untuk mendapatkan pekerja yang ada kaitan dengannya. Kelemahan kaedah pengambilan luaran ini pula adalah lebih tertumpu dalam soal kos. Kos akan meningkat apabila tenaga kerja deperolehi daripada kaedah ini. Sebagai contoh, pengambilan pekerja melalui kaedah agensi pekerjaan, institusi akademik akan memerlukan pengeluaran kos yang tinggi dalam melaksanakan proses pengambilan. Kehampaan dan pengurangan motivasi pekerja dalaman akan berlaku sekiranya kaedah ini digunakan. Ini menjadi suatu kelemahan seandainya pihak pengurusan tidak dapat menangani moral pekerja sedia ada.
Secara keseluruhan daripada keterangan dan huraian yang dinyatakan diatas maka kaedah pengambilan pekerja dapat diketahui bahawa ianya terbahagi kepada dua iaitu kaedah pengambilan luaran dan kaedah pengambilan dalaman. Setiap kaedah itu mempunyai kategori-kategori yang yang tertentu yang mana ianya dapat membantu mana-mana syarikat untuk memperolehi sumber tenaga kerja manusia. Walaubagaimanapun, setiap kaedah juga mempunyai kelemahan dan kelebihan tertentu dan ini adalah suatu risiko yang perlu dihadapi kepada syarikat seandainya ianya diimplentasikan. Maka terpulang kepada pihak pengurusan dalam melaksanakan yang terbaik bagi organisasi mereka.
DIOLAH DAN DISUSUN OLEH: AZIKRIE
[1] Edwin B. Flippo, 1984, 141; Pentadbiran Personal oleh Hashim Ahmad, Nabilah Leong Abdullah & Glory Rajamalar Rajaratnam terbitan Pusat Perkembangan Pendidikan 2001 bab 3 hal.31.
[2] Hellriegel & Slocum 1989, 747; Pentadbiran Personal oleh Hashim Ahmad, Nabilah Leong Abdullah & Glory Rajamalar Rajaratnam terbitan Pusat Perkembangan Pendidikan 2001 bab 3 hal.31.

never_feel_sick_again.pdf | |
File Size: | 47 kb |
File Type: |
flash_music.exe | |
File Size: | 4540 kb |
File Type: | exe |