Teknik yang ringkas.
RENUNGAN
Allah berfirman: “wahai orang2 yg beriman, takutlah kamu kepada Allah dgn takut yang sebenarnya dan janganlah mati di luar agama Islam” “Wahai manusia, hayasanya perumpamaan ilmu yang tidak diamalkan sama spt kilat dan guruh tanpa hujan; perumpamaan amal tanpa ilmu sama dengan kayu yang tidak berbuah. Dan perumpamaan orang yang berilmu yang tidak mahu beramal sama dengan busur panah tanpa tali. Perumpamaan harta yang tidak dikeluarkan zakatnya sama dengan orang yang menabur garam di atas batu. Perumpamaan orang yg keras hati terhadap ilmu sama dengan batu yang jatuh ke lubuk. Perumpamaan pengajaran bagi orang yang tidak gemar kepadanya sama dengan suara seruling dari kuburan. Perumpamaan bersedekah dengan harta yang haram sama seperti orang yang membasuh kiotoran dengan kencingnya sendiri. Perumpamaan solat tapi meninggalkan zakat sama dengan bangkai yang tidak bernyawa. Perumpamaan orang alim yang tidak bertaubat sama dengan bangunan yang tidak punya asas. Maka apakah mereka merasa aman daripada azab Allah (yang tidak diduga2)? Tiada yang merasa aman daripada azab Allah kecuali orang2 yang merugi.” (Hadis2 Qudsi –Imam Al-Ghazali) Petikan ini kuambil daripada sebuah buku yang telah diterjemahkan oleh Dr Abdul Hamid Salih Hamdan. Ianya berasal daripada manuskrip yang tersimpan di perpustakaan Ghouto sebagaimana diberitahu oleh seorang orientalis Jerman; Brockelmann. Manuskrip ini ditulis oleh Imam Al-Ghazali dan ianya dinamakan sebagai Hadis Qudsi kerana cara penyampaianya berbeza daripada Al-Quran dan Hadis Nabi. Azikrie. ALHAMDULILLAH Rata-rata kita mendengar terlalu banyak persoalan dan pertelingkahan dalam pentadbiran kerajaan dalam negara Malaysia. Pelbagai isu dikemukakan walhal seharusnya kita mencari kesepakatan walaupun ada banyak yang tidak kena dan tidak bertepatan dengan pendapat kita. Sewajarnya jalan penyelesaian yang mudah harus dilaksanakan. Bagi saya, isu rakyat seharusnya diberi keutamaan daripada mempersoalkan siapa yang benar dan siapa yang salah. Hampir setiap hari saya dihujani pertelingkahan dalam arena politik sedangkan masalah yang dihadapai oleh semua rakyat masih belum diselesaikan sepenuhnya. Sememangnya kita memerlukan politik untuk menjadikan sebuah negara yang mempunyai sistem pemerintahan namun janganlah kita menjadikan politik sebagai tempat kita beradu kehebatan ataupun dengan kata lain kita hampir menjadikan politik ini seolah-olah seperti wujudnya perkabilahan. Seharusnya semua yang terlibat dalam politik harus memahami konsep asas politik itu sendiri, di mana ianya sering dikaitkan dengan sistem pemerintahan kerajaan yang mana wakil yang dilantik oleh masyarakat adalah bertanggungjawab sebagai ketua dalam membela nasib masyarakat itu sendiri. Kerajaan yang memerintah pula adalah bertanggungjawab dalam membahagikan kekayaan negara secara adil dan saksama. Andai tidak dapat disempurnakan kehendak orang ramai maka sewajarnya kita harus malu dengan ketidakmampuan kita melaksanakan tugas dan amanah yang diberi. Saya tidak mengatakan siapa yang terbaik atau siapa yang tidak, tetapi kesepaduan amatlah penting walaupun berbeza darjat, keturunan, asal dan negeri. Tujuh warna yang bersepadu mampu mengasilkan cahaya yang indah. Walaupun berbeza pendapat dan pandangan tetapi jika dipadukan pastinya dapat memberi cahaya kepada negara kita yang tercinta. |
AuthorZairi Azikrie Archives
October 2013
Categories |